10/31/2010

Sunnah menyimpan janggut




بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم


Assalamualaikum..entry kali ini saya akan kongsikan tentang janggut. Zaman sekarang saya tgk pelbagai 'trend' wujud di malaysia ni. Ada yg rambut pacak la,dgn fesyen pakaian yg 'fit', lagi parah bila diwarnakan rambut tu. Sekarang jarang kita lihat remaja yg mengekalkan imej rasulullah walaupun ia adalah sunnah.
Janggut merupakan satu sunnah nabi yang paling mudah bagi lelaki. Bagi yg berjanggut,mereka tidak perlu untuk cukur,hanya perlu kemaskan sahaja dan pahalanya akan berterusan selagi niat kerana Allah dan kerana sunnah. Namun haram mencukur, makruh mencukur serta memotong itu semua masih lagi termasuk dalam khilaf dikalangan ulama' kerana tidak semua ulama' sepakat mengatakan sebegitu. Tetapi ulama' bersepakat bahawa menyimpan janggut itu adalah sunnah. Dan bagi pendapat saya sendiri, bagi orang islam ikutlah cara imej islam itu, tidak perlulah kita ikut fesyen barat yg tidak tahu dari mana datang sumbernya. Mana perginya rasa bangga dan rasa cinta terhadap rasulullah kalau sunnahnya umat islam sendiri tak mahu ikut. Adakah menyimpan janggut nampak tidak hansem? bagi saya tidak kerana imej rasulullah itu adalah yg terbaik tetapi perlulah dikemaskan dan dijaga rapi kerana rasulullah sendiri mengemas dan merapi janggutnya kerana islam itu suka pada yang kemas dan bersih.

Rasanya cukuplah setakat ini dulu, tidak perlulah dibicarakan panjang cuma kesimpulannya bagi saya imej dan penampilan cara islam itu adalah jauh lebih indah dan cantik berbanding fesyen2 terkini. Sama-samalah kita mengekalkan sunnah dibumi Allah ini. wallahulam..sekian
READ MORE - Sunnah menyimpan janggut

DI DALAM

get this widget here

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...