
11/25/2011
Sejarah TWITTER

Sejarah FACEBOOK

9/25/2011
MENYAMBUT KELAHIRAN BAYI
Ia bertujuan memberitahu kepada suami akan beratnya kesakitan yang dihadapi oleh isteri ketika hendak melahirkan anak dan menuntut suami supaya sentiasa berada disamping isterinya agar beban kesakitan dapat dikurangkan.
Suami Berada Di Samping Isteri Ketika Saat-Saat Isteri Hendak Bersalin.
Firman Allah Taal dalam surah Luqman ayat 14 : Maksudnya : Dan Kami wajibkan menusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga ke akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
Azan Di Telinga Kanan Dan Iqamah Di Telinga Kiri.
Rasulullah bersabda : Aku melihat sendiri Rasulullah s.a.w. mengazankan Al-Hassan bin Ali pada telinganya ketika itu ia baru dilahirkan oleh Fatimah r.a.Riwayat Abu Daud dan Tirmizi
Membaca Surah Al-Qadar dan Surah Al-Ikhlas.
Suami hendaklah juga membanyakkan bacaan surah Al-Qadar di telinga kanan dan surah Al-Ikhlas di telinga kiri bagi tujuan memohon kepada Allah supaya anak yang dilahirkan terselamat dari melakukan perzinaan dan memohon juga supaya dikuatkan iman, jauh dari menyeleweng fahaman akidahnya dari landasan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Membaca Surah Al-Insyirah Di Jari Manis Dan Ditahnikkan.
Suami juga hendaklah membaca surah Al-Insyirah di jari manis kemudian mencelupkan jari manis ke dalam manisan (madu) dan ditekankan (ditahnikkan) di langit-langit bayi tersebut dengan membaca ayat 36, surah Ali-Imran : Maksudnya : Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), - dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu - dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)
Tahnik adalah bertujuan untuk memohon kepada Allah S.W.T. supaya anak yang dilahirkan mempunyai lidah yang fasih dan terkawal lidahnya dari menyebut perkara-perkara yang tidak berfaedah dan mendatangkan maksiat walaupun perkara ini boleh dilakukan oleh orang yang soleh namun bapa kepada anak tersebut lebih utama melakukan tahnik untuk anaknya kerana hadis riwayat oleh Tirmizi menyebutkan salah satu doa yang paling mustajab ialah doa ibu bapa untuk anaknya
MELAKSANAKAN TUNTUTAN SEMPENA HARI KETUJUH
Memberikan nama yang baik.
Mengaqiqahkan anak.
Bercukur rambut.
Mengkhatankan anak.
Menyusukan Anak.
Demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu.
Firman allah Taala dalam surah Al-Bawarah ayat 233:
Maksudnya : Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu
Imam As-Syafie berkata…..Sihat atau tidak anak itu adalah bergantung sama ada anak disusui oleh susu ibu atau tidak walaupun sekali susuan
Kelebihan menyusukan anak :
Setiap tegukan dari susu ibu, Allah S.W.T. memberi pahala satu kebaikan.
Bila ibunya semalaman tidak dapat tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.
9/19/2011
Monolog Keinsafan

Pernahkah kita merasakan hati kita begitu kosong dan hampa, semangat terasa pudar dan hambar serta tiada lagi kekuatan jiwa. Disaat ini hari-hari yang ditempuhi terasa hambar dan kita seolah-olahnya terasing dalam dunia kita sendiri.
Kita cuba mencari dimana silapnya. Adakah kerana dosa-dosa masa lalu atau kerana jiwa kita terlalai dari mengingati Allah SWT. Kitapun bertaubat dan memanjangkan munajat kita namun jiwa tetap terasa kosong "seolah-olah doa dan munajat kita tidak sampai kelangit". Kita cuba mengalirkan air mata keinsafan tetapi hati kita rasanya terlalu keras untuk itu; seolah-olahnya air mata kita telah kering untuk itu. Keyakinan terhadap apa yang Allah janjikan tidak lagi menguasai hati dan fikiran kita.
Kita cuba pula membuka lembaran-lembaran al Quran... mencari ayat-ayat yang pernah menyentuh hati kita dan kitapun cuba menghayatinya agar hati kita kembali lembut dan lunak tetapi itupun gagal.
Kini kita tidak tahu lagi apa yang sebenarnya kita sedang cari dari kehidupan yang seketika ini, kita mula kehilangan fokus dalam kerja-kerja kita dan ibadah kita mula kehilangan ruh. Segalanya terlalu kabur. Kehidupan kita disaat ini seolah-olahnya suatu fasa yang kita lalui secara terpaksa. Masa-masa yang ditempuhi terasa begitu perlahan bahkan kadang-kadang terasa seakan-akan jarum jam berhenti berputar beberapa kali.
Inilah yang saya rasakan saat ini. Kehidupan yang hambar dan kosong setelah melalui saat hidup yang bertenaga dan bersemangat.
Adakah ini adalah salah satu fasa kehidupan yang akan ditempuhi oleh sesiapa sahaja yang ingin mendekatkan dirinya pada Rabbnya atau hanya saya saja yang menempuhinya.
Disaat-saat begini saya mula menggunakan segala potensi dan kekuatan yang saya ada. Beberapa persoalan cuba saya timbulkan di dalam benak fikiran saya.
Adakah sudah lagi tiada keredhaan Allah; Apa untungnya saya menimbulkan persoalan ini. Bukankah memikirkan begini semamangnya tela menjauhkan kita dari rahmatnya dan mengundang kemurkaanNya. Bukankah Allah mencela mereka yang berputus asa dengan rahmatnya. Bukankah memikirnya adalah suatu kemungkaran yang akan mencemarkan aqidah. Bukankah dulu , pernah seorang pemuda yang menangis di depan pintu rumah Rasulullah SAW dan tangisannya begitu dahsyat hinggakan Saidina Umar RA yang melihat keadaannya turut menangis tanpa sempat bertanya kenapa. Apabila Rasulullah datang dan bertanya lalu pemuda itu menceritakan dosanya yang bukan kepalang dan dia takut Allah tidak mengampunkan dosanya. Kitpun mungkin akan fikirkan begitu; seorang pemuda yang kerjanya mencuri kain kapan disetiap malam apabila siangnya ada mayat yang dikebumikan sehinggakan akhirnya suatu malam dia terpegun dengan kecantikan mayat seorang gadis yang telah dilondehkan kain kapannya. lalu pemuda tersebut menyetubuhi mayat gadis tersebut yang telah dimandikan dan dikapan sempurna. Doasa yang terlalu besar untuk diampunkan. namun kerana keikhlasan dan keinsafannya Allah SWT tetap mengampunkan dosanya dan dan mati dalam keadaan terampun dosanya apabila dia sendiri terkejut kerana Allah masih mengampunkan dosanya. Dan kerana kejutan itu dia lalu rebah dan terus meninggal dunia. Jadi persoalan ini perlu cepat-cepat saya padamkan dan nyahkan dari kotak fikiran saya. Tentunya persoalan ini bukan penyelesai masalah bahkan menimbulkan masalah yang lebih besar. Tentunya ini adalah bisikan syaitan yang sememangnya sudah lama menanti peluang untuk menyuntik jarum keraguan dan telah terlalui ramai yang mati jiwanya kerana suntikan jarum keraguan ini. Saya ingin terus hidup dengan keimanan, saya tidak akan biarkan keraguan ini menguasai dan menyeretku kelembah kehinaan dan kenistaan. Kelembah kekufuran yang gelap dan penuh keraguan yang pernah saya tinggalkan dulu. Telah banyak air mata yang telah saya alirkan untuk menangisi fasa yang telah berjaya saya tinggalkan itu. Jadi itu bukan penyelesaiannya untuk mengisi segala kekosongan yang sedang saya rasai ini.
Mungkin ini sememangnya ujian dari Allah SWT untuk menguji benar atau tidaknya keyakinan kita padaNya dan pada hari pertemuan dengannya. Kalau ini benar-benar ujian dari Allah, yang perlu saya lakukan sekarang ini ialah terus bermunajat dan memohon kekuatanNya. Ya......semua orang akan diuji. Cuma mungkin ujian ini agak ganjil, namun ianya tetap ujian dan sekiranya saya berjaya maka saya tentunya akan lebih hampir kepadaNya. Rasulullah SAW pernah mengatakan bahawa orang yang paling dahsyat yang menerima ujian adalah para nabi, kemudian orang yang mengikuti mereka, kemudian orang yang mengikuti mereka, kemudian orang ytang mengikuti mereka. Jadi kalau saya ingin tetap berada di atas jalan kebenaran dan mengikut jalan pengikut para nabi maka ujian ini adalah satu kemestian. Mungkin ini yang perlu saya fikirkan. Kalau saya salah saya tidak akan rugi apa-apa tetapi jika betul sudah tentu fasa ini akan membuka jalan untuk saya lebih hampir kepada Allah. Dan sebaik saja yang fikirkan perkara ini saya mula merasakan sedikit kekuatn menyerap masuk ke dalam jiwa saya. sekurangnya saya tidak lagi meragui sifat kasih sayang Allah dan pengampunannya yang menjadi syarat penyempurnaan Iman.
9/13/2011
Lesen Kelas E

Pada tahun 50an and 60an, seorang calon yang ingin mendapatkan jenis Lesen Kelas E (lori) boleh terus mempelajari Lori dengan tidak payah mempunyai Lesen Kelas D (Kereta) terlebih dulu. Tetapi hari ini telah berlaku perubahan dimana calon yang hendak mengambil Lesen Kelas E (lori) harus mempunyaiLesen Kereta (D) terlebih dulu. Lojik dibelakang kehendak syarat ini adalah bagaimana seorang calon dapat mengawal atau memandu lori manakala ia tidak tahu pula mengawal kenderaan kecil seperti kereta terlebih dulu.
iii) dapatkan Lesen Belajar Memandu (P.D.L).
Diperingatkan disini bahawa anda di kecualikan daripada Lulus Undang-Undang Jalan Raya (Kod Highway). Ini kerana anda telah mempunyai Lesen Motorkar (Kerata) pula.

Anda dikehendaki mengeluarkan P.D.L. (Lesen Belajar Memandu) baru sebab Lesen P.D.L. lama yang anda guna bagi mempelajari kereta dulu sudah tentu melebihi 2 tahun. Dengan ini harus dikeluarkan P.D.L. baru.
iii) Jalan Raya.
Ketiga-tiga aspek diatas akan di ajari calon oleh pengajar / instructor institut anda.
Selain benda-benda tersebut di atas, ada beberapa perkara seorang calon harus tahu tentang pembawaan lori.

Pertama – Sebuah lori mempunyai brek jenis angin atau “air brakes“. Cengkaman brek angin amat sensitif. Jadi anda hendaklah mempelajari cara atau gaya yang betul untuk menekan brek lori.
Kedua – Brek tangan lori beza daripada brek tangan kereta. Anda hendak mempelajari bagaimana hendak guna brek tangan lori dengan betul.
Ketiga – Kerana lori breknya berjenis angin, anda terpaksa membelajari bagaimana gunakan meter angin. Sebelum lori itu bergerak, khasnya waktu pagi, “meter” atau angin hendaklah terlebih dulu diisi dengan angin dahulu sebelum ianya digunakan. Kalau tidak, lori tidak dapat berfungsi dengan berkesan.
Memandu lori berbeza dengan kenderaan kereta. Semasa hendak membuat“belokan” atau“corner”, pemandu hendaklah ingat iaitu si pemandu hendaklah “makan jalan”. Istilah “makan jalan” bererti misalkata hendak belok kekiri, pemandu memutar atau membawa kenderaan lori ke arah kanan dulu untuk mendapatkan kawasan pusingan yang lebih luas. Tindakan diatas ini digelar “makan jalan”.
Oleh kerana kenderaan lori itu agak panjang, seorang pemandu lori harus sentiasa ingat, enjin lori / kepala lori mungkin melepasi sudut (corner) tepati apa yang harus jangan dilupakan adalah bahagian ekor panjang dan kemungkinan tidak dapat melepasi “corner” yang diambil.
Akhirnya, kemungkinan besar roda belakangnya akan naiki tembok atau pembahagi jalan. Seseorang pemandu baru yang sudah menguasai teknik “makan jalan” sudah tentu tidak akan mempunyai apa-apa masalah dalam urusan mengambil “corner”.

Penjelasan diatas tumpuan kepada pembawaan lori di jalan raya semata-mata. Diingatkan bahawa jalan semasa ujian lebih panjang / jauh sedikit dibandingkan dangan jalan raya ujian kereta.
Perkara-perkara seperti “side parking”, “parallel parking” serta “menaiki bukit / slope” sudah pasti akan diajar calon oleh pengajar-pengajar institut. Tambahpula, pengalaman anda dalam memandu kereta akan membantu anda dalam selok-belok parking lori. Demikian juga semasa “menaiki bukit”.
9/06/2011
Mendidik Anak Dengan Kasih Sayang

9/03/2011
Bonus Bulan Syawal
Lemah je kan bila tengah sedap2 nak beraya, nak makan banyak2, nak minum banyak2.. tiba2 nak kena puasa lagi.. padahal puasa 6 ni bukanlah puasa 2 bulan berturut2 tu.. Puasa 6 hari dalam bulan Syawal ini adalah sunat muakkad (dituntut). Kalau taknak buat pun takde masalah.. tapi rugi la..
Mafhum hadis Nabi s.a.w. bagitau, jika kita puasa sebulan Ramadhan, kemudian kita sambung plak dengan puasa 6 hari dalam bulan Syawal, maka seolah2 kita berpuasa setahun. Wahh.. lama tu.. lebih lama daripada puasa 2 bulan berturut2.. hehe..
Siapa yang sanggup nak puasa setahun? mau kering kerempeng badan tu.. sedangkan puasa yg sebulan ni pun, perut dah jadi six pax balik, kalau puasa setahun, mau jadi pinggang kerengga.. bleh pakai baju kebaya..
Tapi itulah kelebihannya yang Allah berikan kepada umat Muhammad s.a.w.. Umat2 terdahulu, buat satu amal, dapat 1 pahala.. Umat bongsu ni, buat 1 amal, dapat 10 ganjaran pahala. Jadi, ada ulamak menafsirkan bahawa 36 hari berpuasa itu (30 hari puasa Ramadhan + 6 hari puasa Syawal) dikalikan dengan 10 ganjaran pahala = 360 pahala (1 hari kira 1 pahala.. 360 hari seolah2 setahun punya pahala.. sebab setahun ada 365 hari.. kira dekat2 la tu).
Kalau nak buat, boleh buat bermula pada hari raya ke 2 (2 Syawal).. tapi payah gak, sbb masa tu tetamu masih lagi berkunjung. Kang tak sedap plak nak menjamu tetamu, sedangkan kita tengok je.. tetamu pun tak berapa selesa nak makan kalau tahu kita sedang berpuasa sunat.. Maka, agak2 la waktu yg sesuai.. puasa sunat ni takde masalah nak dibatalkan. Kalau tetamu datang dan kita jamu makan, adalah lebih baik kita membatalkan puasa untuk meraikan tetamu.
Tak perlu nak pulun buat awal2.. sebab bulan Syawal tu pun ada 3o hari.. Kalau seminggu 2 hari kita puasa, minggu ke 3 Syawal, habis la puasa 6 tu. Tak semestinya kena buat berturut2 6 hari.. ini bukan puasa kifarah (berapa banyak kali la Ustaz Love nak sebut puasa kifarah 2 bulan berturut2 tu.. kihkih). Kalau mampu buat berturut2, itu lagi baik. Lagi cepat lagi baik. Dalam agama ni, kita kena berlumba2.. kalau dah namanya berlumba2, kena la cepat2.. tapi jangan plak sampai terburu2 dan tergopoh gapah..
Bagi wanita2 yg ada hutang puasa tu, sebaiknya tunaikan dulu hutang puasa tu.. sebab ganti puasa tu wajib, puasa 6 ni sunat.. jadi, yg wajib tu lebih utama. Tapi, kalau tak mampu (mungkin sbb puasa tu banyak sangat nak ganti.. kang tak sempat plak nak puasa 6.. ataupun kalau buat puasa 6, dah jadi mcm puasa sebulan.. tak dapat nak gi open house), maka harus buat puasa 6 ni dulu.. sbb waktu ganti puasa wajib tu panjang (sampai sebelum masuk Ramadhan tahun depan) sedangkan puasa 6 Syawal ni cuma boleh dilakukan dalam bulan Syawal je.
Ada pendapat yg mengharuskan combine niat (sekalikan niat) puasa ganti dengan puasa 6.. tapi yg lebih tepat adalah niat puasa tu kena asing2.. terpulang nak buat yg mana dulu ikut kemampuan..
Bila dah habis puasa 6, maka teruskan la puasa sunat yg lain.. banyak lagi puasa sunat yg menunggu.. puasa sunat Isnin dan Khamis, puasa sunat Hari Arafah dsb.. jadi, lepas puasa 6, takde dah raya.. sbb raya ada 2 je.. raya puasa dan raya haji.. nak raya banyak2, kita raya kat syurga nanti..
insyaAllah
8/16/2011
Salam Nuzul Quran

7/24/2011
Tahap Rasulullah SAW Berlapar Dan Hikmahnya

Sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Imam Tarmidzi dari Nu’man bin Basyir r.a bahawa ia berkata “Bukankah kamu sekarang mampu hidup bermewah-mewah dengan makan dan minum, apa saja yang kamu mahu, kamu mendapatkannya. Aku pernah melihat Rasulullah Muhammad SAW hanya mendapat kurma yang buruk saja untuk mengisi perutnya!”
Atau ada kisah juga seperti berikut ini. Pada suatu ketika Umar bin Khattab r.a menyebut apa-apa yang boleh dinikmati manusia sekarang ini dari dunia. Maka dia berkata ”Aku pernah melihat Rasulullah SAW seharian menanggung lapar, kerana tidak ada makanan, kemudian tidak ada yang didapatinya pula selain dari kurma yang buruk saja untuk mengisi perutnya.”Pernah juga kisah yang lain datang dari sahabat Abu Hurairah r.a, ia berkata “Aku pernah datang kepada Rasulullah SAW ketika dia sedang solat sambil duduk, maka aku pun bertanya kepadanya: “Ya Rasulullah! Mengapa aku melihatmu solat sambil duduk, apakah engkau sakit?” Jawab beliau: “Aku lapar, wahai Abu Hurairah!” Mendengar jawaban beliau itu, aku terus menangis sedih melihatkan keadaan beliau itu. Beliau merasa kasihan melihat aku menangis, lalu berkata: “Wahai Abu Hurairah! Jangan menangis, kerana beratnya penghisaban nanti di hari kiamat tidak akan menimpa orang yang hidupnya lapar di dunia jika dia menjaga dirinya di kehidupan dunia.”
Apa yang Rasulullah SAW lakukan akan membuktikan Baginda memiliki kedudukan tertinggi, tiada lagi insan yang lebih lapar dan bersabar demi menunaikan perintah Allah SWT. Insan lain tidak boleh menjadikan alasan miskin dan susah sebagai batu loncatan untuk meninggalkan perintah Allah SAW seperti berpuasa kerana Rasulullah SAW lebih kuat kesabaran dan lapar tetapi tetap menjunjung perintah Allah SWT.
Bayangkan jika Rasulullah SAW hidup seperti kita dan Rasulullah SAW memilih Al-Khamr semasa Allah SWT meminta Rasulullah SAW memilih diantara Susu dan Al-Khamr di saat Isra’ dan Mikraj. Al-Hamdulillah, Rasulullah SAW memilih Susu, tetapi kini umat Baginda lebih berani daripada Baginda dan telah menukar Susu kepada Arak(Al-Khamr) dan syubhah dalam makanan mereka seharian. Nauzubillah Min Zalik.
7/19/2011
Peringatan bagi Orang yang Sengaja Membatalkan Puasa
Pada zaman ini kita sering melihat sebagian di antara kaum muslimin yang meremehkan kewajiban puasa yang agung ini. Bahkan di jalan-jalan ataupun tempat-tempat umum, ada yang mengaku muslim, namun tidak melakukan kewajiban ini atau sengaja membatalkannya. Mereka malah terang-terangan makan dan minum di tengah-tengah saudara mereka yang sedang berpuasa tanpa merasa berdosa. Padahal mereka adalah orang-orang yang diwajibkan untuk berpuasa dan tidak punya halangan sama sekali. Mereka adalah orang-orang yang bukan sedang bepergian jauh, bukan sedang berbaring di tempat tidur karena sakit dan bukan pula orang yang sedang mendapatkan halangan haidh atau nifas. Mereka semua adalah orang yang mampu untuk berpuasa.
Sebagai peringatan bagi saudara-saudaraku yang masih saja enggan untuk menahan lapar dan dahaga pada bulan yang diwajibkan puasa bagi mereka, kami bawakan sebuah kisah dari sahabat Abu Umamah Al Bahili radhiyallahu ‘anhu.
Abu Umamah menuturkan bahwa beliau mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
بينا أنا نائم إذ أتاني رجلان ، فأخذا بضبعي، فأتيا بي جبلا وعرا ، فقالا : اصعد ، فقلت : إني لا أطيقه ، فقالا : إنا سنسهله لك ، فصعدت حتى إذا كنت في سواء الجبل إذا بأصوات شديدة ، قلت : ما هذه الأصوات ؟ قالوا : هذا عواء أهل النار ، ثم انطلق بي ، فإذا أنا بقوم معلقين بعراقيبهم ، مشققة أشداقهم ، تسيل أشداقهم دما قال : قلت : من هؤلاء ؟ قال : هؤلاء الذين يفطرون قبل تحلة صومهم
”Ketika aku tidur, aku didatangi oleh dua orang laki-laki, lalu keduanya menarik lenganku dan membawaku ke gunung yang terjal. Keduanya berkata, ”Naiklah”. Lalu kukatakan, ”Sesungguhnya aku tidak mampu.” Kemudian keduanya berkata,”Kami akan memudahkanmu”. Maka aku pun menaikinya sehingga ketika aku sampai di kegelapan gunung, tiba-tiba ada suara yang sangat keras. Lalu aku bertanya,”Suara apa itu?” Mereka menjawab,”Itu adalah suara jeritan para penghuni neraka.”
Kemudian dibawalah aku berjalan-jalan dan aku sudah bersama orang-orang yang bergantungan pada urat besar di atas tumit mereka, mulut mereka robek, dan dari robekan itu mengalirlah darah. Kemudian aku (Abu Umamah) bertanya,”Siapakah mereka itu?” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab,”Mereka adalah orang-orang yang berbuka (membatalkan puasa) sebelum tiba waktunya.”[8]
Lihatlah siksaan bagi orang yang membatalkan puasa dengan sengaja dalam hadits ini, maka bagaimana lagi dengan orang yang enggan berpuasa sejak awal Ramadhan dan tidak pernah berpuasa sama sekali. Renungkanlah hal ini, wahai saudaraku!
Perlu diketahui pula bahwa meninggalkan puasa Ramadhan termasuk dosa yang amat berbahaya karena puasa Ramadhan adalah puasa wajib dan merupakan salah satu rukun Islam. Para ulama pun mengatakan bahwa dosa meninggalkan salah satu rukun Islam lebih besar dari dosa besar lainnya[9].
Adz Dzahabi sampai-sampai mengatakan, “Siapa saja yang sengaja tidak berpuasa Ramadhan, bukan karena sakit (atau udzur lainnya, -pen), maka dosa yang dilakukan lebih jelek dari dosa berzina, lebih jelek dari dosa menegak minuman keras, bahkan orang seperti ini diragukan keislamannya dan disangka sebagai orang-orang munafik dan sempalan.”[10]
Adapun hadits,
مَنْ أَفْطَرَ يَوْمًا مِنْ رَمَضَانَ ، مِنْ غَيْرِ عُذْرٍ وَلاَ مَرَضٍ لَمْ يَقْضِهِ صِيَامُ الدَّهْرِ ، وَإِنْ صَامَهُ
“Barangsiapa berbuka di siang hari bulan Ramadhan tanpa ada udzur (alasan) dan bukan pula karena sakit, maka perbuatan semacam ini tidak bisa digantikan dengan puasa setahun penuh jika dia memang mampu melakukannya”; adalah hadits yang dho’if sebagaimana disebutkan oleh mayoritas ulama.[11]
KEPIMPINAN
