5/17/2011

SELAMAT HARI GURU


“Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai Dasar Pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai LAPORAN RAZAK (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.”

Ucapan selamat menyambut Hari Guru yang akan disambut pada 16 Mei ini kepada semua guru-guru. Merujuk kepada pendidik profesional peranan dan tugas utama guru pada umumnya adalah mendidik, mengajar, membimbing, mengarahkan, melatih dan menilai anak didiknya.

Peranan guru sangat luas lebih-lebih lagi dalam era globalisasi sekarang, peranan guru menjadi semakin kompleks dan mencabar. Pihak yang berwajib patut memberi perhargaan kepada guru-guru yang telah mendidik anak bangsa menjadi orang yang berguna untuk bangsa dan Negara. Di antara masalah guru yang patut diberi perhatian oleh pihak berwajib:

Kita berharap pihak yang berwajib dapat memberi perhatian yang serious masalah guru ini agar semua pihak yang terlibat dapat bekerja dengan selesa dan dapat mendidik anak bangsa dengan sebaik mungkin.

Harapan kita dengan adanya guru yang terlatih dan professional anak didik yang bakal memimpin Negara di masa hadapan akan dapat memimpin dengan baik, amanah, adil dan dapat membangun Negara dengan lebih teratur dan bebas dari unsur-unsur negative seperti rasuah dan penyelewengan.

Tanpa Guru yang mendidik dan mengajar kita semasa kita kanak-kanak dulu, siapalah kita pada hari ini.

Terima kasih Cikgu.
READ MORE - SELAMAT HARI GURU

5/10/2011

KESAN KEPIMPINAN ULAMA'

Teruja dan terharu melihat kekhusyukkan para pemain kedua belas Kelantan ini yang tetap menunaikan solat meskipun terpaksa beralaskan hamparan batu merah stadium keramat mereka. Lokasi dari pintu H ini diharap dapat membuka hati dan iman para penyokong Kelantan yang lain dalam melaksanakan tugasan kepada Maha Pencipta.

Terima kasih juga kepada pihak pengurusan stadium yang menyediakan kemudahan air dan tikar untuk memudahkan para penyokong yang hadir menunaikan kewajipannya. Usaha dan sikap yang dipamerkan semua pihak ini harus diteruskan dan dipuji sebagai contoh kepada umat islam lain dengan harapan menjadi ikutan para penyokong Kelantan yang lain.




Situasi ini sukar untuk dilihat di stadium lain atau disiarkan di dada akhbar. Ini antara watak-watak yang menjadi kebanggaan rakyat Kelantan meskipun ada segelintir penyokong Kelantan yang menyebabkan penyokong Kelantan yang lain dipandang sinis penyokong pasukan lain. Yakinlah! Kemenangan atau keputusan perlawanan akan lebih bermakna jika mendapat keredhaan Illahi.

Kita tidak pernah menyedari untuk memanfaatkan solat sebagai alat penolong, sumber hidup, penerang jiwa dan tempat kita bertanya Allah SWT tentang persoalan yang sukar diselesaikan.

“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk”
(QS: Al-Baqarah 2:45)


"Kesedaran dan kepercayaan itu datangnya dari Allah. Allah mengilhamkan kita samada taqwa atau fujur (kefasikan/keburukan). Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan (fujur) dan jalan ketaqwaannya."
(QS Asy Syams 91:8).


"Khusyuk di dalam solat itu mudah. Allah mengkehendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu"
(QS: Al-Baqarah 2:185)
READ MORE - KESAN KEPIMPINAN ULAMA'

5/06/2011

Wasiat Imam Syafie

Agama & Cara Hidup | Wasiat Imam Syafie...


SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya.


Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:


"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."



PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas ni'mat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Moga ada manfaat..
READ MORE - Wasiat Imam Syafie

DI DALAM

get this widget here

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...