2/24/2010

CINTA

Islam tidak mengharamkan cinta kerana manusia memang memerlukan cinta. Namun, saya belum menjumpai ayat, dalil atau kebenaran daripada Al Quran mahupun hadith yang membenarkan percintaan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, sebelum perkahwinan. Dalam dunia Islam, masalah ini disebutkan sebagai ikhtilat. Ikhtilat ini adalah pergaulan dan perhubungan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram tanpa menjaga batasan aurat, jarak dan persentuhan antara satu sama lain. Terlalu banyak perkara untuk dibahaskan berkaitan dengan masalah ikhtilat kerana ini adalah masalah terbesar bagi ummat Islam di akhir zaman ini. Sebagai kesimpulan, bagi pendapat saya, 'kapel'(cinta sebelum kahwin) adalah haram.

Ada cara yang dianjurkan oleh Islam untuk mereka yang teringin untuk mengasihi dan dikasihi ini.

Namun punca seseorang itu mudah jatuh cinta pada manusia ialah disebabkan dia tidak jatuh cinta pada Allah terlebih dahulu. Apabila seseorang itu telah jatuh cinta pada penciptanya, dan mendapat CINTA terAGONG itu, dia tidak lagi terkial-kial ber'sms' dengan 'gila friend'nya tetapi sibuk mengatur kata dan doa untuk Sang Pencipta yang dicintainya. Dia tidak lagi sibuk untuk mengatur 'dating' bersama 'boya friend' nya, tetapi tertunggu-tunggu bilakah akan masuk waktu solat, bahkan memperbanyakkan solat-solat sunat yang lain supaya dia dapat berdua-duaan dengan Allah. Dia akan berusaha berkorban apa sahaja demi Allah yang dicintai.

Cuba Try Test.. Kecapi nikmat cinta ini. Cintai Allah, cintai Rasulullah, cintai keluarga sebelum mencintai manusia lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DI DALAM

get this widget here

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...