1/07/2011

KISAH PAKAI TUDUNG

Untuk pengetahuan ustaz,ibu saya telah menyuruh saya memakai tudung ketika saya berumur 13 tahun lagi. Saya hanya menurut katanya kerana bimbang dimarahi. Walaupun begitu, sekarang saya tidak lekat memakai tudung. Ini diketahui oleh ibu saya, dia hanya mampu membebel dan berkata, adik nak buat dosa, adik tanggung la sendiri, ibu dah buat apa yang patut.

Sekarang saya sudah bekerja dan hanya memakai tudung di tempat kerja sahaja kerana di tempat saya, tindakan undang-undang akan dikenakan sekiranya pekerja tidak memakai tudung. Saya tahu hukum tidak menutup aurat, tetapi buat waktu sekarang, hati saya tidak terbuka lagi untuk terus menutup aurat (rambut dan leher).

Cara pemakaian saya tidak seperti rakan-rakan saya yang menutup aurat. Mereka bertudung tetapi pemakaian mereka tidak melambangkan imej mereka. Baju, seluar ketat yang menampakkan susuk tubuh.

Bagi yang memakai baju kurung, ada yang dari kain yang nipis dan jarang. Bagi yang berbaju kebaya, ianya terlalu ketat, berkain belah sehingga menampakkan betis dan jarang. Ada yang tidak memakai seluar tetapi memakai skirt panjang. Walaupun begitu, ianya ketat dan menampakkan garis pakaian dalam yang dipakainya.

Tudung yang dipakai pula tidak menutupi dada. Lelaki-lelaki yang memandang tidak berkelip melihat mereka. Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung. Tidak menunaikan solat, panjang tangan, mengumpat, melayan lelaki yang bukan muhrim, pengotor dan pelbagai karenah lagi. Walaupun saya tidak memakai tudung, saya menjaga solat, pemakaian dan tingkah laku saya.

Kawan-kawan saya ini ada menyuruh saya supaya terus memakai tudung tetapi saya tidak mahu menjadi hipokrit. Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh. Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang.

Semoga ALLAH membuka hati saya untuk terus memakai tudung. Amiin...
- Diera -

JAWAPAN

Ada beberapa perkara yang saudari utarakan dalam soalan dan ingin saya berikan respon ringkas. Iaitu :-

1. Dalam soal menunaikan perintah islam yakni perintah Allah SWT, perlu ada didiri seseorang itu sifat hamba. Yakni merasakan bahawa sebagai seorang hamba kita kena patuh kpd arahan tuan kita ( Allah SWT)

2. Meletakkan kesalahan orang lain sebagai satu benteng kepada diri kita untuk tidak melaksanakan hukum Allah adalah tidak wajar sama sekali kerana setiap amanah dan tanggungjawab yang ditentukan Allah untuk setiap manusia itu akan dipersoalkan oleh Allah diakhirat kelak.

3. Tidak wajar mempermainkan hukum Allah dengan melakukannya secara suka-suka atau mungkin takut, hormat atau malu kepada sesama makhluk kerana makhluk lain tidak boleh sesama sekali meninggalkan bekas kepada kita melainkan kehendak Allah SWT.
Tidak ada kuasa bagi makhluk lain untuk memudaratkan makhluk lain apatah lagi memberi dosa dan pahala.

4. Perlu meletakkan tauhid rubbiyah didiri kita kerana perlu diingatkan Allah ada dimana sahaja..hukum Allah meliputi setiap tempat dan waktu.

5. Untuk melakukan sesuatu perintah Allah perlulah melakukannya dengan ilmu. Oleh itu tambahlah ilmu agama dan jangan jemu menuntut ilmu kerana bila mana kita menuntut ilmu maka kita akan temui bahawa kita rupanya insan yang sangat kurang ilmuNya.

6. Lakukan segalanya demi Allah bukan kerana manusia kerana Allah tidak sesekali mengecewakan hambaNya yang ikhlas tetapi manusia belum tentu boleh memberi kebahgian sesama manusia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DI DALAM

get this widget here

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...