9/03/2011

Bonus Bulan Syawal

Lemah je kan bila tengah sedap2 nak beraya, nak makan banyak2, nak minum banyak2.. tiba2 nak kena puasa lagi.. padahal puasa 6 ni bukanlah puasa 2 bulan berturut2 tu.. Puasa 6 hari dalam bulan Syawal ini adalah sunat muakkad (dituntut). Kalau taknak buat pun takde masalah.. tapi rugi la..


Mafhum hadis Nabi s.a.w. bagitau, jika kita puasa sebulan Ramadhan, kemudian kita sambung plak dengan puasa 6 hari dalam bulan Syawal, maka seolah2 kita berpuasa setahun. Wahh.. lama tu.. lebih lama daripada puasa 2 bulan berturut2.. hehe..


Siapa yang sanggup nak puasa setahun? mau kering kerempeng badan tu.. sedangkan puasa yg sebulan ni pun, perut dah jadi six pax balik, kalau puasa setahun, mau jadi pinggang kerengga.. bleh pakai baju kebaya..


Tapi itulah kelebihannya yang Allah berikan kepada umat Muhammad s.a.w.. Umat2 terdahulu, buat satu amal, dapat 1 pahala.. Umat bongsu ni, buat 1 amal, dapat 10 ganjaran pahala. Jadi, ada ulamak menafsirkan bahawa 36 hari berpuasa itu (30 hari puasa Ramadhan + 6 hari puasa Syawal) dikalikan dengan 10 ganjaran pahala = 360 pahala (1 hari kira 1 pahala.. 360 hari seolah2 setahun punya pahala.. sebab setahun ada 365 hari.. kira dekat2 la tu).


Kalau nak buat, boleh buat bermula pada hari raya ke 2 (2 Syawal).. tapi payah gak, sbb masa tu tetamu masih lagi berkunjung. Kang tak sedap plak nak menjamu tetamu, sedangkan kita tengok je.. tetamu pun tak berapa selesa nak makan kalau tahu kita sedang berpuasa sunat.. Maka, agak2 la waktu yg sesuai.. puasa sunat ni takde masalah nak dibatalkan. Kalau tetamu datang dan kita jamu makan, adalah lebih baik kita membatalkan puasa untuk meraikan tetamu.

Tak perlu nak pulun buat awal2.. sebab bulan Syawal tu pun ada 3o hari.. Kalau seminggu 2 hari kita puasa, minggu ke 3 Syawal, habis la puasa 6 tu. Tak semestinya kena buat berturut2 6 hari.. ini bukan puasa kifarah (berapa banyak kali la Ustaz Love nak sebut puasa kifarah 2 bulan berturut2 tu.. kihkih). Kalau mampu buat berturut2, itu lagi baik. Lagi cepat lagi baik. Dalam agama ni, kita kena berlumba2.. kalau dah namanya berlumba2, kena la cepat2.. tapi jangan plak sampai terburu2 dan tergopoh gapah..

Bagi wanita2 yg ada hutang puasa tu, sebaiknya tunaikan dulu hutang puasa tu.. sebab ganti puasa tu wajib, puasa 6 ni sunat.. jadi, yg wajib tu lebih utama. Tapi, kalau tak mampu (mungkin sbb puasa tu banyak sangat nak ganti.. kang tak sempat plak nak puasa 6.. ataupun kalau buat puasa 6, dah jadi mcm puasa sebulan.. tak dapat nak gi open house), maka harus buat puasa 6 ni dulu.. sbb waktu ganti puasa wajib tu panjang (sampai sebelum masuk Ramadhan tahun depan) sedangkan puasa 6 Syawal ni cuma boleh dilakukan dalam bulan Syawal je.

Ada pendapat yg mengharuskan combine niat (sekalikan niat) puasa ganti dengan puasa 6.. tapi yg lebih tepat adalah niat puasa tu kena asing2.. terpulang nak buat yg mana dulu ikut kemampuan..

Bila dah habis puasa 6, maka teruskan la puasa sunat yg lain.. banyak lagi puasa sunat yg menunggu.. puasa sunat Isnin dan Khamis, puasa sunat Hari Arafah dsb.. jadi, lepas puasa 6, takde dah raya.. sbb raya ada 2 je.. raya puasa dan raya haji.. nak raya banyak2, kita raya kat syurga nanti..


insyaAllah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DI DALAM

get this widget here

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...