1/30/2013

KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH - KUIN

Berasal dari ladang kelapa sawit seluas 830 Ekar bersebelah zon industi Kuala Ketil.Disitu lah bermula kerja pembinaan Kolej Universiti Insaniah. Kerja=kerja pembinan bermula 14 Sep 2009 dan dijangka siap penghujung tahun 2012 dengan Kos Pembinaan sebanyak RM 330 juta dan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Kedah

Siapapun pasti akan kagum apabila menjengok ke kolej ini kerana di hadapannya terdapat tasik buatan yang sangat cantik sepanjang 1.2 km dan tidak lama lagi ianya akan menjadi tempat kejohanan perahu panjang dan perahu naga di rantau ini.

Dewan utamanya merupakan dewan terbesar di utara tanah air dan mampu memuatkan kira-kira 5,500 hadirin dengan panggung eksperimen dengan kapasiti 1500 orang pada satu-satu masa. Dewan kuliahnya pula menepati cirri-ciri terkini dengan senibina yang mengagumkan.

Alhamdulillah, ianya dapat disiapkan dalam masa hanya empat tahun pemerintahan kerajaan negeri kini dan lebih menakjubkan ianya adalah tanpa sokongan dan bantuan daripada Kerajaan Pusat.

Sementara itu, Majlis Perasmian KUIN Kuala Ketil dan Istiadat Konvokesyen Khas yang dijadualkan pada 29 Januari ini akan disempurnakan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah, yang juga Canselor KUIN.

Baru-baru ini, Rektor KUIN, Prof. Dato’ Wira Dr. Jamil Osman menyembah maklum dan memohon perkenan YTM Tunku Bendahara dilantik sebagai Pro Canselor KUIN sempena majlis perasmian tersebut.

YTM Tunku Bendahara berkenan dilantik sebagai Pro Canselor KUIN dan meluangkan masa hampir sejam bagi mengetahui perkembangan terkini pembangunan fizikal kampus induk KUIN.

Dalam majlis perasmian itu nanti, mantan Menteri Kewangan, Dato’ Wira Dr. Affifudin Omar dilantik sebagai Pro Canselor kedua menggantikan Dato’ Dr. Halim Ismail.















 




2 ulasan:

DI DALAM

get this widget here

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...