2/20/2011

MESIR : REVOLUSI TWITTER DAN FACEBOOK

Jika anda meneliti antara banyak imej menarik yang dapat dilihat daripada protes rakyat di Mesir sepanjang beberapa minggu ini ialah gambar pada malam hari memperlihatkan sekumpulan pembantah muda di tengah Dataran Tahrir yang berkumpul di sekeliling unggun api.

Gambar ini digunakan secara meluas oleh kebanyakan media cetak Barat seperti The Washington Post, AP, Reuters dan European Pressphoto Agency (EPA).

Apa yang lebih menarik mengenai gambar ini ialah bagaimana ia dibingkaikan dalam The New York Times. Sepanjang minggu lepas, the Times menawarkan slaid-slaid gambar yang diambil oleh jurufoto-jurufoto dari AP, Reuters dan EPA.

Malah the Times dengan ketaranya menunjukkan gambar unggun api pembantah dengan matlamat perjuangan yang sama dan berkongsi satu unggun api.

Bahkan gambar generasi muda di sekelilingi unggun api ini telah menjadi simbol universal. Kita dapat melihat kesatuan pembantah yang mengelilingi unggun api bagi mendapat bahang kepanasan dan menerima cahaya dari unggun api di tengah malam.


Read more:

http://biaqpila.blogspot.com/2011/02/mesirrevolusi-twitter-dan-facebook.html#ixzz1ETxfIu27

READ MORE - MESIR : REVOLUSI TWITTER DAN FACEBOOK

2/17/2011

KECEMASAN


Pada suatu hari di Hospital Kota Bharu...

Seorang lelaki berusia lingkungan 70-an sedang menunggu untuk mendapatkan rawatan. Di sebelahnya duduk seorang lelaki muda juga dengan tujuan yang sama. Lelaki muda menyapa

"Pok cik ni sakit gapo?"

"Kecing manih. Lamo doh."

Tiba-tiba kakitangan hospital kelihatan cemas dan mengusung masuk seorang pesakit yang tidak sedarkan diri. Pak cik tua tersebut bertanya orang muda di sebelahnya,

"Tu bakpo pulok?"

"Kecemase"

"Oohh ruponyo kecing mase lagi teruk dari kecing manih."

ikut lah kisah nya lagi dalam RAJA LAWAK : http://rajalawakdewasa.blogspot.com/
READ MORE - KECEMASAN

2/15/2011

MAULIDUR RASUL

11 Rabiul Awal 1432 H.

KUALA LUMPUR, 14 Feb: Pemuda Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyeru masyarakat menghayati kefahaman sebenar Maulidur Rasul menolak sambutan Hari Valentine.

Justeru, pengerusinya , Mohd Fadzil Saleh menyeru pihak kerajaan dan institusi berkenaan memberi kesedaran kepada para pelajar sekolah mengenai budaya songsang hari Valentine dan membuat penguatkuasaan agar ianya tidak menjadi satu budaya yang diraikan sejak peringkat sekolah.

Katanya, virus sosial yang dibawa Hari Valentine di semua IPT perlu diperangi habis-habisan di samping menggembleng tenaga, membuat penguatkuasaan dan mengambil tindakan untuk melumpuhkan sebarang aktiviti dan usaha-usaha untuk memeriahkan atau menyambut Hari Valentine itu.

Sebaliknya, kata beliau masyarakat Islam menghayati semangat dan kefahaman sebenar perayaan bersempena Maulidur Rasul sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah saw.

Tambahnya, belia dan remaja mengalihkan sudut pandang mereka kepada mencontohi Rasulullah s.a.w. sebagai qudwah hasanah (contoh teladan terbaik) dalam konteks menzahirkan kasih sayang selain melibat diri dengan aktiviti-aktiviti yang boleh membina akhlak dan intelektual mereka.

Dalam pada itu, beliau juga menyeru belia dan remaja agar mengetahui latar belakang dan matlamat Hari Valentine, agar tidak terikut-ikut budaya liar yang langsung tiada kaitan dengan Islam; malah tersasar darinya.

Di samping itu, ujar mereka hendaklah mengelakkan terbabit dalam sebarang bentuk aktiviti meraikan hari tersebut seperti ‘dating’ yang akhirnya membawa kepada keruntuhan akhlak seperti penzinaan, arak dan pembuangan bayi.

Bagi keluarga dan ibu bapa pula, katanya mereka perlu mendapatkan maklumat yang betul mengenai Hari Valentine dan menyampaikannya kepada anak-anak, menghidupkan budaya kasih sayang dalam kehidupan berkeluarga.

“Memastikan anak-anak tidak terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang merosakkan ini dan mewujudkan aktiviti-aktiviti alternatif agar anak-anak dapat dijauhkan dan tidak terlibat dengan sambutan Hari Valentine,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau juga menyeru media massa menyampaikan maklumat sebenar mengenai Hari Valentine agar masyarakat menjauhi sebarang aktiviti-aktiviti berkaitan dengan sambutannya di samping menghentikan sebarang bentuk promosi yang menjurus kepada mempopularkan sambutan Hari Valentine.

Katanya, saban tahun, 14 Februari merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh pasangan kekasih, malahan seminggu sebelum tarikh tersebut, ianya hangat diwar-warkan di media massa mahupun di laman sosial.

“Saban tahun juga, kita menyaksikan ramai belia dan remaja ternoda,” katanya.

Laporan Polis Diraja Malaysia yang dikongsikan di dada akhbar bertarikh 10 Februari 2011 (Sinar Harian, hlm N15) menunjukkan sebanyak 517 kes pembuangan bayi yang dilaporkan dari 2005 sehingga Januari lalu.

Manakala dalam tempoh Januari sahaja, sebanyak 19 kes pembuangan bayi telah dilaporkan yang amat membimbangkan.

Pergaulan bebas tanpa kawalan antara puncanya.

Pengurusan institusi Raudatus Sakinah mendapati bahawa punca fenomena tersebut adalah hasil daripada kemaksiatan dan penzinaan yang berlaku bersempena dengan sambutan Hari Valentine dan juga sambutan Hari Kemerdekaan.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 pada 24hb November 2005 telah memutuskan bahawa amalan merayakan ‘Valentine’s Day’ bukan amalan Islam. Malah, ia menegaskan bahawa, roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur agama Kristian dan amalannya bercampurbaur dengan perbuatan maksiat yang bercanggah dan terlarang dalam Islam.

Namun, sehingga kini, kata Mohd Fadzil ia masih lagi menjadi budaya dalam masyarakat dan diamalkan oleh penganut-penganut beragama Islam – khususnya dalam kalangan belia dan remaja. Tahun lepas, misalnya, ada pihak telah mencetuskan kempen ‘No Panties’ pada Hari Valentine.

“Ini jelas menggambarkan betapa kroniknya budaya songsang telah menular dalam masyarakat kita,” katanya lagi.

Harakahdaily/-

READ MORE - MAULIDUR RASUL

MUBARAK REBAH TANPA PEDANG DAN PELURU

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kejatuhan Hosni Mubarak sebagai presiden Mesir
Sabtu lalu (waktu Malaysia) disebabkan campurtangan Allah.

"Pandangan saya, ia benar-benar merupakan kuasa Allah SWT. Nampak sangat berlakunya campur tangan Allah SWT di dalam menjatuhkan rejim ini.

"Siapa yang menyangka Dataran Tahrir boleh memuatkan tiga juta manusia untuk mendesak Hosni Mubarak berundur?" katanya.

Nik Aziz berkata usaha menjatuhkan Mubarak akibat usaha rakyat Mesir berkampung selama 18 hari di Dataran Tahrir di Kaherah bagi memastikan matlamat tercapai walaupun tanpa jaminan makan minum dan pengurusan seharian mereka.

"Pastinya ia terhasil ekoran perasaan tidak puas hati yang telah sekian lama terpendam. Tanpa peluru dan tanpa senjata, mereka akhirnya berhasil menjatuhkan Mubarak," katanya.

Menurut mursyidul am PAS itu lagi, sejarah negara itu menyaksikan penindasan terhadap para ulama yang begitu lama termasuk oleh Firaun yang mengaku dirinya tuhan.

"Yakinlah, kuasa Allah SWT mengatasi segala-galanya. Allah SWT yang pernah membekukan lautan untuk Nabi Musa itulah juga yang telah menjadikan api menjadi sejuk untuk Nabi Ibrahim.

"Dialah juga yang telah menyelamatkan perjalanan Nabi Muhammad SAW ke Madinah dari dikesan oleh special branch (cawangan khas) Quraisy.

"Maka, pelikkah jika Allah SWT boleh menjatuhkan mana-mana kerajaan pada hari ini dengan kuasa-Nya?" tegas Nik Aziz dalam satu kenyataan.

Read more: http://suwaritimur.blogspot.com/2011/02/kuasa-allahmubarak-tumbang-tanpa-pedang.html#ixzz1Dzz63KUc
READ MORE - MUBARAK REBAH TANPA PEDANG DAN PELURU

2/04/2011

GAMBAR GAMBAR DARI MESIR


Kebangkitan rakyat Mesir masuk hari ke-11 dengan lebih 100 orang terbunuh dalam demonstrasi aman pula bertukar ganas sejak kelmarin. Hosni Mubarak berkata beliau sudah “bosan” kekal sebagai presiden Mesir dan memang mahu bersara dengan segera tetapi keadaan tidak mengizinkannya untuk berbuat demikian sekarang.

Dalam temu bual pertama sejak pemberontakan anti kerajaan sebelum ini, Hosni memberitahu ABC News, beliau “sudah bosan” dengan tampuk kuasa. Sehubungan itu beliau memberi amaran bahawa parti Ikhwanul Muslimin akan mengisi vakum kuasa jika beliau meletakkan jawatan sekarang.

ikuti paparan nya dalam:-

http://www.ibnuhasyim.com/2011/02/hari-ke-11-100-terbunuh-hosni-bimbang.html

http://biaqpila.blogspot.com/2011/02/gambar-gambar-dari-mesir.html

READ MORE - GAMBAR GAMBAR DARI MESIR

2/02/2011

TULANG DAN KEPALA FIRAUN DIPANCUNG

Muka firaun di Muzium Mesir rebah dan hancur di lantai muzium. Dipancung demonstrator. Petanda hitam buat Hosni Mubarak. Pemimpin zalim wajar di'pancung'.

Tengkorak dan tulang firaun bertaburan. Hina dan dihinakan sepanjang zaman.Sejarah telah membuktikan kepada kita betapa dahsyatnya balasan Allah terhadap pemimpin sesebuah negara yang tidak beriman dan zalim seperti Firaun dan Namrud. Firaun mati lemas di tengah lautan sewaktu mengejar Nabi Musa a.s. dan para pengikutnya. Manakala Namrud yang menentang Nabi Ibrahim a.s. mati disebabkan oleh seekor nyamuk yang masuk ke dalam otaknya. Seorang lagi manusia durjana yang menerima pembalasan dahsyat daripada Allah s.w.t. sejak di dunia lagi ialah Mustafa Kamal Ataturk. Siapa sebenarnya Kamal Ataturk ini ?

Ikuti kisah nya dalam :-

READ MORE - TULANG DAN KEPALA FIRAUN DIPANCUNG

2/01/2011

Mesir Kini Menghadapi Revolusi

Kita doakan agar apa yang revolusi ini berakhir dengan keadaan yang lebih baik seperti di Tunisia dan semoga rakyat Malaysia dan Islam khususnya akan berada dalam keadaan yang selamat dari perkara yang tidak diingini. Ameen.



"Paling memilukan adanya perkhabaran mahasiswi Malaysia yang dirogol oleh penjenayah dimana ada maklumat yang berjaya didapati oleh informer-informer tatkala ada pelajar Mesir yang sempat "curi-curi" untuk online bagi memberi maklumat keadaan di Mesir.










Dari cerita sebenar,.ikuti la laman ini :-

READ MORE - Mesir Kini Menghadapi Revolusi

1/31/2011

DEMO BANTAH MESIR


KUALA LUMPUR, 31 Jan: Pemimpin PAS, PKR dan beberapa NGO hari ini berhimpun di kedutaan Mesir di Kuala Lumpur bagi menyerahkan memorandum menuntut agar regim Hosni Mubarak berundur.

Mereka berhimpun bagi menunjukkan semangat setiakawan mereka dengan perjuangan rakyat negara itu dan menuntut agar kerajaan yang ada tidak menggunakan kekerasan dan menerima tuntutan rakyat.

Antara yang hadir adalah AJK PAS Pusat Mohamad Sabu, Dr Syed Azman, Adun Kota Damansara Dr Nasir Hashim, Ketua Pemuda Nasruddin Hassan Tantawi dan juga ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusof.

Mereka berarak daripada kawasan letak kereta tidak jauh dari situ sambil melaungkan kecaman ke atas Mubarak dengan ‘Down Mubarak’ (Turun Mubarak) sambil membawa poster pemimpun Mesir dengan lambang Zionis di dahi.

Maklumat lanjut, sila layari harakahdaily

SUMBER : http://www.harakahdaily.my/pas-pkr-dan-71-ngo-demo-bantah-mesir

READ MORE - DEMO BANTAH MESIR

DI DALAM

get this widget here

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...