1/22/2011

KELEBIHAN LELAKI

Allah Maha Bijaksana menjadikan makhluk berpasang-pasang; lelaki dan wanita, bumi dan langit, siang dan malam, syaitan dan malaikat, gunung dan lembah, matahari dan bulan, begitulah seterusnya. Banyak hikmah dalam kejadian alam yang perlu direnung dan dijadikan bukti keagungan Allah. Satu contoh dalam kejadian manusia, Allah jadikan wanita bersifat lembut dengan nisbah 9/10 malu dan 1/10 akal, manakala lelaki 9/10 akal dan 1/10 malu.

Atas kelebihan akal inilah, Allah menjadikan kaum lelaki penjaga bagi kaum wanita. Begitu juga dalam apa jua masalah, Allah menyamakan 2 wanita dengan 1 lelaki; contohnya dalam hal penyaksian.Walaupun kurang berakal, namun wanita ada sifat malu. Kerana ada malulah, wanita dipandang mulia. Kalaulah wanita tiada malu, habislah dunia ini. Begitu juga lelaki, meskipun kurang malu namun mereka mempunyai akal yang dapat memikirkan kesan dan sebab-akibat sesuatu perkara. Kalaulah lelaki tiada akal, dunia akan jadi kocar-kacir.

Begitulah kebijaksanaan Allah untuk menjaga keharmonian alam. Namun apa dah jadi pada masa ini. Wanita sudah tidak ada perasaan malu lagi; bebas bergaul tanpa batas, bebas keluar hingga larut malam. Manakala lelaki pula sudah tidak menggunakan akal lagi malah merosakkannya pula. Fikirkanlah kesan buruk yang akan menimpa masyarakat jika fitrah kejadian ini sudah diabaikan.

Wanita yang sepatutnya malu dah tiada malu lagi; lelaki yang sepatutnya berakal dah hilangkan akal mereka. Perempuan dengan gejala dedah; lelaki dengan gejala dadah.

Kata orang tua-tua - pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara kini sudah hampir berkubur. Apa tindakan kita sekarang?


CIRI – CIRI LELAKI YANG MENJADI IDAMAN BAGI WANITA UNTUK MENCARI PASANGAN HIDUP


1. Berakal , berilmu , beriman dan beramal soleh

2. Mempunyai watak kepimpinan

3. Tinggi akhlak dan keperibadiannya

4. Lemah lembut dengan isteri

5. Mencari nafkah daripada sumber yang halal

6. Sentiasa berlapang dada dan panjang pertimbangan

7. Sanggup membimbing isteri dan keluarga

8. Mampu mengawasi keselamatan dan keselesaan isteri dan keluarga

9. Memiliki peribadi yang boleh dijadikan teladan , seperti bercakap benar , baik akhlaknya terhadap isteri , keluarga dan lain – lain

10. Pemaaf dan mudah meminta maaf jika membuat kesalahan

11. Bersangka baik dengan pasangan hidupnya

12. Berterima kasih atas pengorbanan isteri

13. Istiqamah dalam melayani isteri

14. Bertolak ansur dengan isteri

15. Dihormati isteri tapi bukan ditakuti isteri

16. Pandai bergurau senda serta pandai mengambil hati isteri


Istiqarah merupakan jalan yang sebaik – baiknya dilakukan apabila ingin memilih pasangan hidup . Semoga permohonan diberikan petunjuk dan hidayah dari Allah diperkenankan . Perempuan yang baik adalah untuk laki – laki yang baik dan sebaliknya .


WALLAHU A'LAM....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DI DALAM

get this widget here

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...