Berasal dari ladang
kelapa sawit seluas 830 Ekar bersebelah zon industi Kuala Ketil.Disitu lah bermula
kerja pembinaan Kolej Universiti Insaniah. Kerja=kerja pembinan bermula 14 Sep
2009 dan dijangka siap penghujung tahun 2012 dengan Kos Pembinaan sebanyak RM
330 juta dan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Kedah
Siapapun pasti akan
kagum apabila menjengok ke kolej ini kerana di hadapannya terdapat tasik buatan
yang sangat cantik sepanjang 1.2 km dan tidak lama lagi ianya akan menjadi
tempat kejohanan perahu panjang dan perahu naga di rantau ini.
Dewan utamanya merupakan
dewan terbesar di utara tanah air dan mampu memuatkan kira-kira 5,500 hadirin
dengan panggung eksperimen dengan kapasiti 1500 orang pada satu-satu masa.
Dewan kuliahnya pula menepati cirri-ciri terkini dengan senibina yang
mengagumkan.
Alhamdulillah, ianya
dapat disiapkan dalam masa hanya empat tahun pemerintahan kerajaan negeri kini
dan lebih menakjubkan ianya adalah tanpa sokongan dan bantuan daripada Kerajaan
Pusat.
Sementara itu,
Majlis Perasmian KUIN Kuala Ketil dan Istiadat Konvokesyen Khas yang
dijadualkan pada 29 Januari ini akan disempurnakan Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong, Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah, yang juga Canselor
KUIN.
Baru-baru ini,
Rektor KUIN, Prof. Dato’ Wira Dr. Jamil Osman menyembah maklum dan memohon perkenan
YTM Tunku Bendahara dilantik sebagai Pro Canselor KUIN sempena majlis perasmian
tersebut.
YTM Tunku Bendahara
berkenan dilantik sebagai Pro Canselor KUIN dan meluangkan masa hampir sejam
bagi mengetahui perkembangan terkini pembangunan fizikal kampus induk KUIN.
Dalam majlis
perasmian itu nanti, mantan Menteri Kewangan, Dato’ Wira Dr. Affifudin Omar
dilantik sebagai Pro Canselor kedua menggantikan Dato’ Dr. Halim Ismail.
Emm... menarikkk...
BalasPadamEmm... menarikkk...
BalasPadam