1/27/2013

Lantunan Mahabbah Rasulillah





Majlis lantunan Mahabbah Rasulillah dianjurkan bagi MENGAMBARKAN DAN MENZAHIRKAN KECINTAAN KITA KEPADA RASULULLAH MUHAMMAD s.a.w. Insan yang membawa rahmat keamanan, keharmonian keadilan serta kesejahteraan untuk kita dan alam seluruhnya.
Majlis yang namanya diberikan oleh ulamak tersohor Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki (Syeikhul Maahad Zein Bogor & Pengasas Majlis Al-Banjari lit Tafaqquh Fid Din) dihiasi dengan selawat, zikir, alunan qasidah kecintaan rasulullah disamping menceduk lautan ilmu melalui Al Quran dan Hadis Rasulullah S.A.W lalu mengambil pengajaran yang sewajarnya kita hayati sebagai umat Rasulullah.s.a.w.

Majlis ini dihiasi dengan SELAWAT, ZIKIR, ALUNAN QASIDAH kecintaan rasulullah disamping MENCEDUK LAUTAN ILMU melaluiAL QURAN dan HADIS rasulullah lalu mengambil pengajaran yang sewajarnya kita hayati sebagai umat rasulullah.s.a.w.


Majlis ini telah diadakan untuk kali keempatnya dengan lebih 10 000 pencinta rasul telah hadir merasai kesyahduan keindahan kerinduan kecintaan untuk rasulullah s.a.w.


Sepanjang program kita akan merasai indahnya SELAWAT DAN QASIDAH memuji rasulullah bersama para ulamak dan pelajar Mahaad Darul Hadis, Maahad Tahfzi Imam Nawawi (Matin)serta kumpulan qasidah yang lain. Selawat dan qasidah dialunkan disetiap permulaan majlis dipertegahan dan diakhir nya. ( ya allah hadirkan kami dalam majlis ini)


Anda akan dapat MENYELUSURI DAN MENGHAYATI KEHIDUPAN RASULULLAH melalui teknik penceritaan yang dibantu dengan alunan qasidah, selawat, nasyid, sajak, pentomen, monolog dalam PERSEMBAHAN QASIDAH SENTUHAN QALBU. Ianya bertambah menusuk qalbu dengan paluan kompang dan bunyian serta pencahayaan


Sepanjang tahun 2011 YAYASAN PAKSI telah mengadakan 3 kali majlis lantunan mahabbah rasulillah; 4 Mac di Dewan Seri Mentalloon, 8 Julai di Stadium Sultan Abd.Halim Suka Menanti dan 8 Oktober di Dewan Sri Mentaloon kediaman rasmi YAB menteri Besar Negeri Kedah. Lebih 20000 pencinta rasul telah hadir merasai kesyahduan keindahan kerinduan kecintaan untuk Rasulullah S.A.W.


Majlis lantunan Mahabbah Rasulillah – Perdana telah diadakan pada 30 dan 31 Disember 2011 di Stadium Sultan Abd.Halim Suka Menanti dengan kehadiran Sahibus Samahah Dato Mufti Negeri Kedah, Tuan Guru Dato Harun Din, Syeikh Ahmad Fahmi Zam-zam Syeikh Mohd. Zainal Asri bin Haji Ramli, Ustaz Ahmad Fawaz bin Dato Fadhil, Ustaz Nik Abduh bin Dato Nik Abd. Aziz, Ustaz Mohd. Khalil bin Dato Seri Abd. Hadi, Ustaz Zul Ramli Bin Mohamed Razali, Prof. Madya Dr. Asmadi Mohamed, YM Hajah Raja Mazian Bt Raja Mohamed, Nora dan Wan Norafizah binti Ariffin.


Pembukaan tahun 2012 majlis Mahabbah rasulillah yang dianjurkan mendapat sambutan hangat masyarakat Kedah. Bermula sambutan di Hospital Sultanah Bahiyah 4 Februari 2012 menyusuri majlis di Masjid Sultanah Bahiyah 5 Februari 2012 dan 6 Februari 2012 di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah Kulim. Lebih 6 ribu bersama dalam 3 majlis tersebut. Kehadiran para ulamak tersohor menambah barkat majlis cinta rasul yang diadakan. Kini kita diberi amanah untuk menganjurkan majlis Mahabbah Rasulillah dengan kehadiran Ulamak keturunan rasulullah Habib Omar Al Hafiz dari Yaman pada 17 hingga 19 April 2012. InsyaAllah dengan semangat dan keyakinan serta kecintaan kepada rasulullah majlis ini akan dapat menghimpunkan seramai mungkin pencinta Rasulullah S.A.W.

Dan di Stadium Suka Menanti berlangsung lagi iaitu pada 21 hingga 23 disember 2012 dan 24 hingga 26 Januari 2013.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DI DALAM

get this widget here

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...